Penculikan Kalaniʻōpuʻu di Hawaii James Cook

Kapal Cook berlayar mengelilingi kepulauan Hawaii pada 1779 di mana mereka terpaksa mendarat di Teluk Kealakekua Pulau Hawai'i. Secara kebetulan pula, warga pulau tersebut sedang meraikan suatu perayaan tuai menyanjung dewa Lono iaitu Makahiki, dan bentuk serta laluan kapal dinakhodakan Cook juga menyerupai gambaran yang dibayangkan mengenai kapal dewa itu sendiri;[1][2] lalu rombongan Cook pada awalnya disangka sebagai jelmaan Lono yang disambut hebat dan didewakan.[3]

Pertembungan semula, pembunuhan

Cook merasa tidak tahan dengan kerenah yang dihadapi mereka lalu memikir untuk menculik raja utama di pulau tersebut, Kalaniʻōpuʻu. Pada 14 Februari, dicatatkan bahawa Cook dan seberapa pegawainya masuk ke pekarangan diraja Kalaniʻōpuʻu dan memaksanya mengikut mereka. Permaisuri baginda, Kanekapolei dan seberapa orang pembesar cuba menghalangnya. Sekelompok orang jelata menyerang Cook setelah mendapat tahu apa yang berlaku di mana seorang lelaki memukul kepala Cook dari belakang sehingga tersungkur pitam di pasir pantai,[4] seorang pengiring diraja bernama Nuaa pula menikam Cook berkali-kali sehingga mati.[5][6] Mayat Cook dibawa masuk kembali ke pulau sambil diperhatikan rombongannya yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Meskipun keadaan mereda, orang-orang pulau tersebut mila berasakan kasihan amat terhadap Cook yang dianggap orang tinggi kerana apa yang dibawanya, maka mayatnya dilayan sepertimana raja-raja yang ada di pulau tersebut: mayatnya dikeluarkan isinya sebelum dibakar untuk mengeluarkan daging dari tetulang yang dijadikan bahan sembahan.[7]

Sebahagian tetulang ini dikembalikan kepada rombongan Inggeris setelah mereka bertemu kembali, tulang-tulang ini dikebumikan di laut menurut adat tentera laut diraja.[7]

Kembalinya rombongan mereka ke England

Clerke menagmbil alih pengetuaan pelayaran Cook di mana mereka cuba menyeberangi Selat Bering.[8] Dalam penyeberangan ini Clerke menghidap batuk kering yang meragut nyawanya 22 Ogos 1779. John Gore yang seperjuangan dalam pelayaran pertama Cook menakhodai Resolution manakala James King mengambil alih kapal Discovery.[9] Mereka akhirnya tiba di England bulan Oktober 1780, King menyempurnakan catatan perjalanan selebihnya dari selepas kematian Cook.[10]